Monday 16 April 2012

Matlamat TIMSS

Matlamat penubuhan TIMSS adalah bertujuan memberi maklumat perbandingan mengenai perbezaan pendidikan di negara-negara yang terlibat, dan maklumat tersebut  secara tidak langsung, membantu negara-negara terbabit meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam subjek Matematik dan Sains melalui penambahbaikan dalam sistem pendidikan negara terutamanya dalam bidang kurikulum, pengajaran guru dan bahan bantu mengajar. Melalui saluran TIMSS juga, negara-negara yang mengambil bahagian dapat mengenalpasti dan mempelajari faktor-faktor yang menjadi kekuatan dan kelemahan dalam pencapaian pelajar secara relatif kepada pelajar-pelajar di seluruh dunia. Tinjauan sebegini menggalakkan persaingan yang sihat di peringkat global.

No comments:

Post a Comment