Wednesday 18 April 2012

TIMSS 1995


       Buat julung kalinya tahun 1994 dan 1995 menjadi tahun pertama perlaksanaan penyelidikan TIMSS, melibatkan pelajar gred 3 dan 4, gred 7 dan 8, bagi subjek Matematik dan Sains serta pelajar tahun akhir persekolahan iaitu gred 12 yang mana kajiannya meliputi subjek Matematik, Sains, beserta subjek pilihan tambahan sama ada Matematik Lanjutan atau Fizik Lanjutan.  Dicatatkan lebih daripada setengah juta pelajar terlibat, termasuklah juga ribuan guru dan pengetua sekolah. TIMSS 1995 menyiasat struktur kurikulum bagi kedua-dua subjek Matematik dan Sains di negara-negara yang mengambil bahagian melalui analisis panduan kurikulum, buku teks dan bahan kurikulum lain.

Sebanyak 45 buah negara mengambil bahagian dalam penyelidikan ini, antaranya ialah Afrika Selatan, Amerika Syarikat, Argentina, Australia, Austria, Belgium, Bulgaria, Colombia, Cyprus, Denmark, Filipina, England, Greece, Hong Kong, Hungary, Iceland, Indonesia, Iran, Ireland, Israel, Itali, Jepun, Jerman, Kanada, Kuwait, Latvia, Lithuania, Mexico, New Zealand, Netherland, Norway, Perancis, Portugis, Republik Czech, Republik Korea, Republik Slovak, Russia, Romania, Scotland, Singapura, Slovenia, Sepanyol, Switzerland, Sweden, dan Thailand. Kesemua negara yang terlibat ini tidak diwajibkan gred lain untuk dinilai selain gred 7 dan gred 8.

 Dapatan Kajian: 
 Gred 3 dan gred 4
Boleh dikatakan hampir kesemua negara-negara Asia Timur yang terlibat (Republik Korea, Jepun dan Hong Kong), termasuklah Singapura merupakan negara yang paling menonjol sekali dari segi purata pencapaian pelajarnya (tertinggi) dalam subjek Matematik. Perbezaan bagi kedua-dua jantina dalam subjek ini adalah sedikit dan boleh dikatakan hampir tidak wujud dan majoriti negara secara puratanya mencatatkan tempoh waktu belajar adalah selama tiga hingga empat jam setiap minggu.

Berbeza dengan subjek Matematik, negara Korea, Jepun, Amerika Syarikat, Australia dan Austria adalah antara negara yang dikenalpasti mencatatkan tahap pencapaian yang tertinggi berbanding 40 buah negara lain bagi subjek Sains. Pun begitu, kebanyakkan negara secara puratanya menghabiskan kurang daripada dua jam setiap minggu bagi sesi pengajaran. Perbezaan waktu pengajaran ini jelas skali ketara di antara dua subjek tersebut. Menurut pelajar gred 4 di kebanyakkan negara pula, masa yang diperuntukkan oleh mereka untuk membuat matematik adalah hampir sejam, manakala kira-kira setengah hingga sejam masa dihabiskan secara purata untuk mengulangkaji subjek Sains di luar waktu persekolahan. Perbezaan masa pembelajaran ini berkemungkinan bersangkut-paut dengan keupayaan seseorang pelajar menyelesaikan permasalahan matematik dalam sesuatu masa.

Memandangkan aktiviti yang melibatkan kumpulan kecil adalah jarang digunakan di dalam kelas, pendekatan yang paling kerap digunakan adalah pembelajaran berpusatkan guru, dan pelajar masing-masing melakukan tugas secara individu, yakni majoriti pelajar diarah mempraktikkan pengiraan dan melakukan beberapa jenis tugasan penaakulan dalam kebanyakkan atau setiap kali pembelajaran. Tambahan pula, majoriti pelajar gred 4 diajar oleh guru perempuan, dan selalunya kedua-dua subjek tersebut diajar oleh guru yang sama. Berpandukan buku teks sebagai sumber bertulis yang utama, guru akan menentukan sesuatu topik yang akan diajar kepada pelajar berdasarkan bahan dari buku tersebut.

 Gred 7 dan gred 8
Sekali lagi dicatatkan negara-negara di Asia Timur yang mengambil bahagian dan  ketinggalan, negara Singapura menduduki tangga teratas daripada 45 buah negara yang terlibat. Singapura masih lagi mencatat purata pencapaian pelajar yang tertinggi di dunia, dengan perbezaan purata yang besar jika dibandingkan dengan negara Korea yang menduduki tempat kedua teratas bagi subjek Matematik. Perbezaan jantina bagi subjek ini adalah sedikit berbanding subjek Sains yang mencatatkan purata pencapaian pelajar lelaki yang lebih tinggi berbanding pelajar perempuan bagi subjek Fizik, Kimia, dan Sains Bumi.

Negara-negara seperti Singapura, Republik Czech, Jepun dan Republik Korea pula mendahului pencapaian negara-negara lain bagi subjek Sains. Negara Singapura masih lagi kekal sebagai negara terbaik daripada 44 buah negara lain bagi kedua-dua subjek di gred pertengahan ini. Tempoh waktu pengajaran secara puratanya adalah selama dua hingga tiga jam setengah setiap minggu bagi kedua-dua subjek dengan menekankan gaya pembelajaran secara individu dan berkumpulan, di samping penggunaan kalkulator bagi subjek Matematik terutamanya bagi pengiraan harian, menyelesaikan soalan kompleks dan juga memeriksa jawapan, kecuali bagi negara Korea yang jarang menggunakannya. Demonstrasi eksperiment oleh guru bagi subjek Sains adalah suatu kebiasaan dan dilihat penting, tanpa mengira pelajar diajar subjek Sains sebagai subjek tunggal mahupun mata pelajaran Sains yang berasingan, seperti Biologi, Kimia dan Fizik, sebagaimana yang dilakukan di kebanyakkan negara di Eropah. 

Menurut kajian di kebanyakkan negara yang mengambil bahagian, guru dilaporkan menggunakan buku teks sepenuhnya bagi mengajar kedua-dua subjek Matematik dan Sains kepada lebih 95 peratus pelajar. Tidak ketinggalan, penyediaan sumber pendidikan di rumah juga amat berkait rapat dengan pencapaian pelajar gred 8. Hampir di setiap negara, majoriti pelajar mengatakan bahawa mereka telah melakukan yang terbaik dalam Matematik dan Sains, dan menariknya, beberapa buah negara yang merekodkan pencapaian yang tertinggi seperti Jepun, Republik Korea, dan Hong Kong, kebanyakkan pelajarnya mempunyai persepsi yang negatif terhadap kejayaan.

 Gred 12
Bagi tahun akhir persekolahan pula, negara yang menduduki tempat teratas adalah Netherlands, diikuti Sweden, Denmark dan Switzerland bagi subjek Matematik, manakala bagi subjek Sains pula, Sweden mendahului Netherland, Iceland dan Norway dari segi purata pencapaian pelajarnya. Dari segi perbezaan jantina pula, dicatatkan bahawa wujud perbezaan dari segi pencapaian antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan, yakni pelajar lelaki lebih tinggi pencapaiannya berbanding pelajar perempuan bagi subjek Sains dan bagi Subjek Matematik pula, tiada perbezaan yang ketara antara kedua-dua jantina bagi negara Amerika Syarikat, Afrika Selatan, dan Hungary. 

Pelajar yang mengikuti program akademik mencapai pencapaian purata yang tinggi berbanding pelajar yang mengikuti program teknikal dan vokasional, yang mana, pencapaian pelajar teknikal adalah di antara pelajar akademik dan pelajar vokasional. Walaupun pendekatan dalam pendidikan, struktur dan organisasi bagi keseluruhan negara berlainan, tetapi jelas sekali bahawa pendidikan ibu bapa sangat berkait secara positif terhadap pencapaian pelajar dalam kedua-dua bidang ini. 

1 comment:

  1. Bet365 Casino: Best Casino Apps in PA & PA
    Read 충주 출장샵 reviews, compare 제천 출장마사지 promo codes 군산 출장마사지 & see Bet365 Casino App ranking and download apps for Android & iOS. Great user 진주 출장샵 interface and easy to use  Rating: 2 · ‎1,215 votes · ‎Free · ‎iOS 강릉 출장샵 · ‎Game

    ReplyDelete