Monday 16 April 2012

Panduan soalan penyelikan TIMSS

Soalan penyelidikan diolah berdasarkan tiga peringkat kurikulum dan hubungan ketiga-tiga hubungan kurikulum tersebut terhadap sosial dan konteks pendidikan negara. Tiga peringkat kurikulum yang dinyatakan di atas merangkumi kurikulum cadangan (the intended curriculum) yang melibatkan keadaan pendidikan dan sosial sesebuah negara, kurikulum yang dilaksanakan, (the implemented curriculum) yakni meliputi peranan guru serta keadaan di dalam bilik darjah, dan kurikulum yang dicapai (the attained curriculum) merujuk kepada kesan kurikulum yang dibentuk terhadap sahsiah yang pencapaian pelajar.

Terdapat beberapa jenis buku soalan yang berlainan (sebagai contohnya, terdapat lapan jenis buku soalan yang berlainan bagi gred 7 dan gred 8 pada tahun 1995, dan setiap pelajar yang terlibat hanya  perlu menjawab soalan seperti yang dikehendaki dalam salah satu buku daripada beberapa buku yang diedarkan selama 90 minit). Terdapat dua format soalan yang digunakan iaitu soalan aneka pilihan dan soalan membina respon. Soalan aneka pilihan mengandungi empat pilihan jawapan dan hanya salah satu daripadanya mewakili jawapan yang tepat kepada soalan yang diajukan. Soalan berbentuk begini diolah dengan tujuan menilai apa-apa tingkah laku dalam domain kognitif, namun tidak sesuai untuk menilai keupayaan pelajar dalam membuat lebih banyak tafsiran atau penilaian yang lebih kompleks. Soalan membina respon pula dibentuk untuk menilai aspek-aspek pengetahuan dan kemahiran yang memerlukan pelajar menjelaskan fenomena atau mentafsir data berdasarkan pengetahuan latar belakang dan pengalaman mereka.

No comments:

Post a Comment