Monday 16 April 2012

Tahap pengukuran pencapaian TIMSS

Bagi menentukan pencapaian pelajar di seluruh negara, kajian TIMSS telah menggunakan penanda aras antarabangsa (international benchmarks) sebagai skala pengukuran dan dikategorikan kepada empat tahap yang merumuskan setiap pencapaian yang diperoleh oleh pelajar di peringkat antarabangsa. Berikut merupakan tahap yang telah dispesifikasikan markahnya:

                      I.       advance international benchmark – disetkan pada 625
                    II.        high international benchmark – disetkan pada 550
                   III.       intermediate international benchmark – disetkan pada 475
                  IV.      low international benchmark – disetkan pada 400

Low International
Benchmark
Intermediate
International
Benchmark
High International
Benchmark
Advanced International
Benchmark
(400)
(475)
(550)
(625)
Gred 4
Pelajar mempunyai sedikit pengetahuan asas Matematik.
Pelajar boleh mengaplikasikan pengetahuan asas Matematik dalam soalan yang mudah.
Pelajar boleh mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman dalam menjawab soalan.
Pelajar dapat mengaplikasikan kefahaman dan pengetahuan dalam pelbagai konteks soalan yang kompleks dan dapat menjelaskan setiap jawapan yang diberikan.
Gred 8
Pelajar mempunyai sedikit pengetahuan mengenai nombor bulat dan titik perpuluhan, operasi dan graf asas.
Pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan asas Matematik dalam soalan yang mudah.
Pelajar dapat mengaplikasikan kefahaman dan pengetahuan dalam pelbagai konteks situasi yang kompleks.
Pelajar boleh mengorganisasikan dan membuat kesimpulan daripada maklumat, membuat generalisasi dan menyelesaikan soalan bukan rutin.


JADUAL 3(a): Penanda aras antarabangsa bagi subjek Matematik



Low International
Benchmark
Intermediate
International
Benchmark
High International
Benchmark
Advanced International
Benchmark
(400)
(475)
(550)
(625)
Gred 4
Pelajar mempunyai sedikit pengetahuan asas dalam Sains Kehidupan dan Sains Fizikal
Pelajar boleh mengaplikasikan peengetahuan dan kefahaman untuk situasi yang pratikal dalam Sains.
Pelajar boleh mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman dalam menjelaskan fenomena harian.
Pelajar boleh mengaplikasikan pengetahuan dan memahami proses saintifik dan hubungan dalam permulaan penyiasatan saintifik.
Gred 8
Pelajar boleh mengenal pasti sedikit fakta asas daripada Sains Fizikal dan Sains Kehidupan.
Pelajar dapat mengenal pasti dan berkomunikasi tentang pengetahuan saintifik asas dalam pelbagai topik.
Pelajar dapat mendemostrasikan kefahaman konseptual kitaran Sains, sistem dan prinsip-prinsipnya.
Pelajar boleh menunjukkan kefahaman mengenai beberapa kompleks dan konsep abstrak dalam Biologi, Kimia, Fizik dan Sains Bumi.


JADUAL 3(b): Penanda aras antarabangsa bagi subjek Sains

No comments:

Post a Comment